Tahap pendengaran diklasifikasikan kepada tahap
ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk. Satu hubungan yang rapat wujud di antara
disebel kurang pendengaran dan tahap kesukaran berfungsi. Setiap tahap
memberikan cabaran yang berbeza dan memerlukan rawatan dan pilihan teknologi
yang berbeza. Bunyi terbahagi kepada dua
bahagian asas iaitu keintesifan dan kekerapan. Keintesifan menunjukkan kekuatan
sesuatu bunyi dan diukur mengikut unit desibels (dB). Bunyi daun-daun yang
bergerak lebih kurang 20 dB. Pertuturan
seseorang ialah 60 dB. Bunyi hon kenderaan ialah 90 dB manalaka bunyi sebuah
jet dari jarak 100 kaki mencecah 140 dB. Seandainya seseorang itu mengalami
masalah pendengaran ialah 0 dB.
No comments:
Post a Comment