Thursday, 4 September 2014

UJIAN PENDENGARAN

Ujian darjah kepekakan


Ujian ini penting untuk mengetahui darjah (frekuensi) dan kekuatan bunyi. Ini kerana mereka yang menjalani ujian  ini adalah untuk mengecam darjah dan jenis kepekakan dan untuk memastikan alat yang bersesuaian digunakan dalam proses mendengar. Istilah yang digunakan adalah untuk menerangkan kekuatan bunyi (intensiti) dan frekuensi.

Kekuatan bunyi


Adalah penting untuk mengetahui bagaimana bunyi dihasilkan sebelum ianya didengar. Kekuatan bagi bunyi diukur dalam desibel (dB). Ini adalah unit yang biasa bagi ukuran kekuatan bunyi. Bunyi yang paling perlahan dapat didengar oleh telinga yang normal dibuktikan pada 0 dB. Contoh skala dB di bawah adalah gambaran secara kasar bagaimana bunyi berkait dengan kehidupan sebenar dan rujukan bagi bunyi pertuturan.

Intensiti bunyi dalan dB
0 dB    Bunyi paling perlahan yang dapat dikesan oleh telinga normal. Contoh pin jatuh
20 dB  Bisikan pada jarak 1 meter
40 dB  Perbulan perlahan
60 dB  Perbualan biasa
80 dB  Bunyi menjerit
100 dB Bunyi gerudi jalan
120 dB Kapal terbang mendarat
140 dB Ambang kesakitan normal


Kekuatan bunyi bukan sahaja faktor yang memberi kesan sama ada kita boleh mendengar pertuturan khususnya frekuensi bunyi memberikan perbezaan yang besar kepada apa yang didengar. 

1 comment:

  1. titanium belly rings | Titanium Arts
    I had a pair of these ford fusion titanium on the first titanium quartz meaning day. I titanium nipple rings bought them off babylisspro nano titanium in August. I got them back in the morning apple watch titanium vs aluminum and now I'm a full moon.

    ReplyDelete