Saturday, 14 September 2013

KERJA KURSUS




PJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014
(A112 PJJ)

KBD 3023

PRINSIP DAN STRATEGI PENGAJARAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN



[PANDUAN KERJA KURSUS]








ARAHAN

1.                  Terdapat 3 (TIGA) tugasan dalam kursus KBC 3013, iaitu:
i.                    Tugasan 1: Kajian Biografi 6 orang kanak-kanak bermasalah pendengaran.
ii.                  Tugasan 2: Pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu kanak-kanak pekak
iii.                Tugasan 3: e-forum
2.                  Tugasan yang telah lengkap perlu dihantar dalam bentuk soft-copy melalui portal MyGuru 3 kepada Tutor e-Learning bagi kumpulan masing-masing.
3.                  Sila fahami secara mendalam Panduan Kerja Kursus  sebelum anda memulakan tugasan.
4.                  Sila beri perhatian kepada arahan dan pengumuman daripadaTutor e-Learning kumpulan masing-masing dari semasa ke semasa.

TUGASAN

PECAHAN TUGASAN
SOALAN/ ARAHAN
MARKAH
TARIKH
AKHIR PENERIMAAN
TUGASAN INDIVIDU 1


Pilih enam murid bermasalah pendengaran yang bermasalah dalam bahasa Melayu.
Buat kajian biografi murid tersebut yang yang mengandungi maklumat terperici seperti
  • Latar belakang keluarga dan murid yang dipilih. (laporkan sekiranya murid mempunyai sejarah ahli keluarga lain yang mengalami masalah yang sama)
  • Ciri-ciri masalah bahasa
  • Status  atau rekod pencapaian akademik semasa kanak-kanak bermasalah pendengaran
  • Rekod pencapaian bahasa Melayu.
  • Gambar-gambar berkenaan murid tersebut.
  • Bukti seperti salinan kad kemajuan, sijil, hasil kerja dan sebagainya.
  • Laporan daripada pakar perubatan seperti pedeatrik, audiologis, terapi carakerja, kaunseling dan sebagainya (sekiranya ada)
  • Laporan berkaitan tahap kepekakan, jenis pekak dan latar belakang keluarga.



20 markah




Minggu ke-10




TUGASAN INDIVIDU 2

Dengan menggunakan murid yang sama dari tugasan 1.
a.        Rancangkan 5 sesi pengajaran mata pelajaran bahasa Melayu kefahaman berdasarkan 5 teks.
b.        Buat rakaman terjemahan 5 teks menggunakan KTBM sepenuhnya atau BIM sepenuhnya.
c.         Huraikan proses terjemahan teks BM kepada teks yang mempunyai KTBM dari aspek penukaran kod,gantian kod atau peminjaman isyarat daripada Bahasa Isyarat Malaysia.
d.        Uji pencapaian kefahaman teks selepas sesi pengajaran dilaksanakan.
e.        Kemukakan rasional bagi setiap aktiviti yang terkandung dalam kelas yang dirancang
f.         Proses P & P perlu dirakamkan (jika perlu)
g.        Dengan bahan rakaman bincangkan rancangan pelajaran tersebut. Perbincangan harus bersifat diagnostik yakni mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajaran yang dirancang.
h.        Laporkan pencapaian kefahaman Bahasa Melayu kanak-kanak bermasalah pendengaran.
i.          Pelaporan lengkap harus mengandungi ;
  • Teks rakaman KTBM atau BIM
  • Teks asal BM dan teks terjemahan
  • Analisa pencapaian kefahaman Bahasa Melayu bagi 6 orang kanak-kanak pekak.

20 markah
Minggu ke-10

E-FORUM
4 (Empat) soalan forum disediakan untuk dibincang secara on-line menerusi laman MyGuru3. Selain daripada respon sendiri anda mesti memberi respon sekurang-kurangya kepada 4 respon orang lain untuk setiap soalan.

20 markah





1
Penterjemahan merupakan satu fenomena linguistik yang berkaitan dengan pengolahan kod, iaitu aktiviti menukar atau menggantikan pewujudan kod (lambang) dari pewujudan bahasa (linguistic realization) tertentu kepada bahasa yang lain. Bincangkan prinsip penterjemahan yang dilaksanakan guru dalam pengajaran bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran.
5 markah
 Minggu ke-4
2
Tahap dan ciri-ciri pendengaran mempengaruhi perkembangan bahasa dan akademik kanak-kanak bermasalah pendengaran. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pandangan tersebut?
5 markah

Minggu ke-6
3
Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) dan Bahasa Isyarat  Malaysia (BIM) merupakan medium komunikasi utama bagi guru mengajar kanak-kanak bermasalah pendengaran. Bincangkan kekuatan dan kelemahan kedua-dua medium komunikasi ini.
5 markah
Minggu ke-8
4
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Bincangkan ciri-ciri dan bentuk ICT yang sesuai digunakan dalam pengajaran kanak-kanak bermasalah pendengaran.
5 markah
Minggu ke 10

JUMLAH
60



FORMAT TUGASAN
1.                 Tugasan Individu:
i.        Tugasan yang dihasilkan perlu asli.
ii.      Panjang esei ialah sekurang-kurangnya 15 halaman (tidak termasuk rujukan dan lampiran) bagi SATU  tugasan
iii.    Font: Times New Roman; Saiz 12/Arial; Saiz 11; Spacing 1.5 line
iv.    Penulisan esei perlu mengandungi sekurang-kurangnya rujukan 4 buah buku ilmiah  dan beberapa artikel dari jurnal.
v.      Penulisan rujukan perlu ditulis mengikut format APA.

2.                 Forum E-Learning:
i.        Jawab semua soalan forum dalam ruangan group forum di MyGuru3.
ii.      Jawapan bagi setiap soalan ialah lebih kurang 150 patah perkataan.
iii.    Selain daripada memberikan jawapan terhadap soalan forum, anda digalakkan memberikan respon atau berinteraksi dengan pelajar lain dalam kumpulan anda.
iv.    Anda perlu mencetak SEMUA jawapan dan respon/interaksi anda di dalam e-forum sebagai rujukan.

PANDUAN PENYERAHAN TUGASAN

1.                  Tugasan  yang telah lengkap mestilah disusun mengikut susunan:
(a)    Muka hadapan tugasan(Gunakan format seperti di LAMPIRAN 1)
(b)   Isi kandungan dan halaman bagi tugasan 1 (Rujuk format dalam LAMPIRAN 2)
(c)    Tugasan  1
(d)   Rujukan
(e)    Lampiran (jika ada)
(f)    Isi kandungan dan halaman bagi tugasan 2 (Rujuk format dalam LAMPIRAN 2)
(g)   Tugasan  2
(h)   Rujukan
(i)     Lampiran (jika ada)

2.                  Setiap pelajar MESTI memuat naik tugasan masing-masing menerusi tapak penghantaran tugasan mengikut kumpulan masing-masing dalam laman MyGuru3. Lawati laman Assingment dan muat naik tugasan mengikut tapak tugasan yang disediakan dalam kumpulan masing-masing.

3.                  Tarikh akhir penerimaan tugasan secara atas talian  adalah pada minggu ke-10). Pelajar perlu peka dengan tarikh yang ditentukan dengan merujuk ruangan pengumuman dari semasa ke semasa. Bagi mengelakkan sebarang masalah, anda digalakkan menghantar tugasan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan. Penghantaran yang lewat tidak akan dilayan.

4.                  Sebarang masalah yang timbul sila berhubung dengan Tutor E-learning kumpulan anda.
SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS

Markah
TUGASAN INDIVIDU

(20-18)
Menepati format penulisan tugsan ilmiah IAITU pengenalan yang menarik,membincangkan dengan jelas,isi kandungan dibincangkan dengan mencukupi,  isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas, ada maklumat sokongan dan kesimpulan dibuat dengan baik. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.

(17-15)
Menepati format, isi mencukupi,  isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.

(14-12)
Menepati format,  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format & bahasa.

(11-9)
Menepati format,  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3 kesalahan).

(7-8)
Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara),  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 4 kesalahan).

(5-6)
Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara),  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara) & keslahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan).

(3-4)
Kesalahan format  tidak melebihi 4 perkara.  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa tidak melebihi 7 perkara.

(1-2)
Kesalahan format  melebihi 5 perkara.  isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8 perkara.

(0)
Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.





LAMPIRAN



PEMARKAHAN
1
TUGASAN 1

2
TUGASAN 2

3
E FORUM


JUMLAH


 






RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMUS

KBK3043
ASAS LITERASI DAN KOMUNIKASI

TAJUK TUGASAN


 






KUMPULAN
_________

DISEDIAKAN OLEH
NAMA
NO. ID
NO. TELEFON




NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________

TARIKH SERAH: ________________



LAMPIRAN 2


ISI KANDUNGAN


Halaman

1.0

Pendahuluan
2.0
Topik

2.1
Subtopik


2.2
Subtopik

3.0
Topik
4.0
Topik
5.0
Penutup
RUJUKAN
LAMPIRAN










No comments:

Post a Comment