UNIT PELAJARAN 1
SEJARAH PERKEMBANGAN KAEDAH PENGAJARAN MURID-MURID
BERMASALAH PENDENGARAN
Hasil pembelajaran
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1.
Menerangkan
sejarah perkembangan pendekatan-pendekatan pengajaran
2.
Menjelaskan ciri-ciri pendekatan pengajaran
3.
Menjelaskan perbezaan konsep bahasa
isyarat dan komunikasi seluruh
PENGENALAN
Ahli-ahli lingusitik yang yang berkaitan dengan
pengajaranh dan pembelajaran bahasa
terhadap kanak-kanak pekak berpendapat terdapat
dua aliran besar iaitu : Pertama,
kaedah lisan atau kaedah Jerman yang terutama menggunakan dan mengajarkan lisan
sebagai alat pengungkapan, serta bacaan bibir sebagai alat penerimaan
maklumat komunikasi dan Keduanya kaedah
manual (kaedah isyarat) atau kaedah Perancis yang menggunakan isyarat dan ejaan
jari sebagai satu alat penerimaan serta pengungkapan diri. Pada hakikatnya
telah berabad-abad lamanya terjadi pertentangan antara penganut kedua-dua
aliran ini yang masing-masing mengemukakan argumentasi tentang kelebihan kaedah
mereka. walaubagaimanapun kedua-dua
kaedah itu berkembang sejak awal dalam sejarah pendidikan kanak-kana pekak,
sebagaimana dapat dikumpul dari pelbagai sumber antara lain oleh Mullholland
(1980) dan Evans (1982).
SEJARAH PENDEKATAN PENGAJARAN
MURID BERMASALAH PENDENGARAN
Sejarah merakamkan
pendidikan formal orang pekak bermula pada penghujung abad ke 16 di Sepanyol.
Guru pertama orang pekak biasanya diakitakan dengan Pedro Ponce de Leon ( 1520
-1584 ) dengan mengajar kanak-kanak pekak bercakap. Juan Martin Pablo Bonet (
1579 – 1620) dalam bukunya The Reduction of Letters pf the Art of Teaching
the Mute to Speak ) mengemukakan startegi pengajaran bahasa untuk
kanak-kanak pekak melalui;
a. Kanak-kanak pekak harus diajar abjad tangan ( dasar yang
sama seperti dalam ASL sekarang ).
b. Ahli keluarga yang hidup serumah dengan kanak-kanak pekak
mesti belajar abjad tangan.
c. Kanak-kanak pekak diajar membunyikan tiap-tiap huruf
bermula dengan huruf vokal.
d. Kanak-kanak pekak diajar tentang sukukata dan diikuti
perkataan
e. Kanak-kanak pekak yang telah menguasai perbendaharaan
kata hendaklah diajar bahasa dengan cara
memperkenalkan tatabahasa secara sistematik.
Dalam buku tersebut
beliau turut merakamkan berkenaan dengan pembacaan bibir, iaitu;
|
Charles Miche de
L’Epee ( 1712-1789 ) menggunaka
isyarat-isyarat untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak pekak. Beliau percaya kanak-kanak pekak
bekemampuan untuk berfikir dan menyatakan sebab musabab melalui penggunaan
isyarat. Dengan yang demikian beliau mengambil isyarat-isyarat daripada orang
pekak di Paris dan memperkembangkan perbendaharaan isyarat-isyarat ini dan
memperkenalkan isyarat-isyarat metodik
dengan tujuan untuk menimbulkan isyarat
m manual method sebagai lawan kepada kaedah lisan ( oralist
method ). Kaedah tangan meluas penggunaannya di Eropah dan merebak ke
Amerika Syarikat melalui Thomas Hopkins
Gallaudet yang mempelajari kaedah tangan di Paris dan membawa pembukaan
sekolah awam kanak-kanak pekak pertama
di Amerika Syarikat iaitu di Hartford Connecticut 1817. Gallaudet bersama
muridnya yang pekak Laurent Clerc membuktikan dan menjadi model kejayaan orang
pekak di Amerika Syarikat. Pada akhir 1870an, hampir satu pertiga daripada
jumlah guru-guru bagi orang-orang pekak di Amerika Syarikat terdiri daripada
mereka yang pekak.
Samuel Von Heinicke (1729-1790)
telah mengkritik kaedah tangan ini dan mencipta
kaedah Jerman atau kaedah lisan. Pertentangan berlanjutan kedua-dua
kaedah disebabkan pengaruh ekonomi dan politik bukan disebabkan kajian-kajian
saintifik. Berdasarkan International Congres of Education of the Deaf 1880
di Milan, Itali, kaedah perancis atau kaedah tangah telah dikecam sebagai
kaedah yang merosakkan pemerolehan bahasa kanak-kanak pekak. Sebagai
kesinambungannya kaedah lisan atau kaedah Jerman telah mengambil tempat sebagai
kaedah utama mengajar bahasa kanak-kanak pekak. Hasil daripada kaedah ini
didapati kanak-kanak pekak yang tamat persekolahannya didapati bahasa yang mereka cakapkan tidak
difahami. Secara amnya kaedah lisan ini gagal termasuklah pelajar pekak pada
tahap hilang pendengar 70dB atau lebih
dan 35dB hingga 69dB digolongan sebagai mereka yang ‘sukar mendengar’
(Conference of Executives of American Schools for yhe Deaf )
Pada awal pertengahan tahun 1930an
kaedah neo-oralisme diperkenalkan
oleh Rusia untuk pengajaran bahasa melalui pengejaan tangan. Kaedah
neo-oralisme didapati cukup tinggi nilainya jika dibandingkan dengan kaedah
lain. Lewis ( 1967 ) berpendapat kaedah neo-oralisme ini sebagai;
|
Pada akikatnya kaedah neo-oralisme berjaya
disebabkan kaedah ini diperkenalkan pada peringkat awal umur kanak-kanak iaitu
sebelum berumur 2 tahun atau lebih awal daripada itu. Kaedah neo-Oralisme bukan
sahaja berjaya memperkenalkan kaedah lisan-tangan tetapi pendekatan ini berjaya
menyatakan bahawa resolusi-resolusi yang dipersetujui dalam Kongres Milas 1880
sebagai mitos semata-mata.
Kenyataan bahawa komunikasi tangan
mempunyai kesan yang bermanafaat dan bukan kesan yang merosakkan terhadap
pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak pekak membawa kepada kebangkitan semula
minat dalam kaedah lisan tangan di Amerika Syarikat pada tahun 1960an hingga
tahun-tahun 1970an. Ini menghasilkan kaedah
pengajaran yang menggunakan semua strategi komunikasi (termasuk gerak-geri lakoan, seni lukis,
bacan, tulisan, percakapan, pembacaan bibir, latihan mendengar, pengejaan
tangan dan isyarat tangan ). Falsafah yang mengasaskan pendekatan ini dinamakan
Komunikasi Seluruh (KS) atau Total Communiacation ( TC ). Dengan
memegang prinsip falsafah Komunikasi Seluruh ini, kanak-kanak pekak tidak
seharusnya dibiarkan dalam kekurangan dengan tidak menafaatkan
strategi-strategi pengajaran yang bebas seperti kanak-kanak normal melalui
komunikasi tangan dan bentuk pengejaan tangan dan isyarat-isyarat tangan
lainnya merupakan pilihan perlu dalam komunikasi kanak-kanak pekak.
PENDEKATAN-PENDEKATAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA KANAK-KANAK PEKAK DI MALAYSIA
Pemerolehan bahasa
utama bagi orang pekak secara dwibahasa dan dwimodal, secara serentak,
dikalangan kanak-kanak yang bertutur dengan ibu bapa mereka yang pekak. Gejala
ini menunjukan bahawa pemerolehan bahasa adalah bebas daripada modaliti.
Terdapat kanak-kanak pekak yang mencipta bahasa-bahasa egosentrik untuk
digunakan dikalangan mereka sendiri. Hal ini menunjukkan kebolehan untuk memproses
dan menghasilkan bahasa juga bebas daripada modaliti. Kedua-dua fenomena ini menjelaskan tentang kebolehan dan
pengalaman menggabungkan pertuturan
dengan sistem gerak tangan- penglihatan ( manual-visual ) untuk bahsaa lisan
bagi memperingkatkan keupayaan dan perlakukan bahasa dikalangan kanak-kanak
pekak.
Sudah terbukti wujud bahawa
perbendaharaan kata dan kemahiran penghasilan bahasa dalam bahasa geraktangan –
penglihatan mengikut pola yang sama dengan pola yang bahasa pendengaran (
didengar ). Dengan pertimbangan ini menjelang tahun 1974 kaedah lisan yang
diamalkan selama dua dekad ditolak sebagai kaedah yang unggul dan pemerolehan
bahasa melalui pembacaan bibir ( speech reading ) oleh kank-kanak pekak
prabahasa sangat tidak memadai untuk perkembanga emosi, intelek dan sosial yang
normal. Dengan mempertimbangkan perbezaan tahap pendengaran antara kanak-kanak
pekak mempertahankan cara sebut – dengar ( aural-oral) untuk memperoleh bahasa harus dipertahankan
dan dipelajari ( Tan Chin Guan,1981 ).
Dengan menyedari kaedah lisan yang
menjadi dasar pendidikan untuk orang pekak di negara ini ternyata suatu sistem
yang menyempitkan tidak memungkinkan
orang pekak untuk lebih bejaya dalam pendidikan. Dengan berpandukan kejayaan
yang dicapai di Amerika Syarikat, jawatankuasa mencuba untuk menerapkan
pendekatan baru yang dinamakan
Komunikasi Seluruh Kod Tangan Bahasa Melayu. Hasilnya terbentuklah Bahasa
Isyarat: Komunikasi Seluruh dalam bentuk Mimeograf. KTBM yang dihasilkan oleh
jawatankuasa bukan sahaja menitik beratkan keada isyarat tangan, malahan kepada
asas-asas tatabahasa dan prinsip-prinsip Bahasa Melayu. Jelaslah bahawa
pengamalan falsafah komunikasi seluruh di Malaysia mempertimbangkan jenis
komunikasi tangan yang boleh digunakan secara serentak dengan pertuturan dalah
kaedah lisan-tangan Malaysia yang baru, yakni mempunyai dua pilihan :
a. Pertuturan dan pengejaan tangan secara serentak
b. Pertuturan dan Bahasa Malaysia yang menggunakan isyarat
tangan secara serentak.
Pengejaan Jari
Ejaan Jari (Fingerspelling) merupakan bahagian mustahak
dalam komunikasi orang-orang berkeperluan khas bermasalah pendengaran yang
digunakan untuk mengeja nama khas dan mengeja perkataan-perkataan yang tiada
kod tangan.

Pengejaan jari
memerlukan penguasaan abjad kerana setiap perkataan atau kosa kata yang hendak
diperkatakan perlu dieja dengan cekap agar komunikasi berkesan berlaku. Ejaan
jari digunakan untuk mengeja nama orang, tempat, dan lain-lain. Ejaan jari ini
amat penting apabila perkataan yang hendak diperkatakan itu tidak dapat
dikodkan atau diisyaratkan. Ejaan jari
mempunyai 3 aspek penting:
i. Penyampaian Ejaan Jari iaitu (Expressive
Fingerspelling) ialah penggunaan pergerakan fizikal bagi
menyampaikan maklumat melalui huruf-huruf gerakan tangan.
ii.
Penerimaan Ejaan Jari iaitu (Reseptive Fingerspelling) ialah
penggunaan gerakan pandangan mata bagi menerima maklumat
melalui huruf-huruf gerakan jari.
iii. Ejaan Jari, iaitu mestilah diingatkan
selalu yang Ejaan Jari ini digunakan bagi tambahan kepada
pertuturan dan bacaan bibir. Oleh yang demikian kita mestilah selalu
bertutur atau menggerakkan bibir menyebut tiap-tiap perkataan
serentak dengan Ejaan Jari dan Kod Tangan.
Pertuturan KIU
Pertuturan kiu terdiri daripada bahasa
pertuturan yang diiringi dengan kiu tangan iaitu petunjuk yang ditunjukkan oleh
seseorang penutur supaya setiap suku kata yang dituturkan itu boleh dicam dengan
jelas memalui penglihatan dan juga melalui pendengaran. Oleh yang demikian,
setiap perkataan pertuturan kiu yang ditutur boleh dilihat dengan nyata oleh
mereka yang hanya mampu mendengar secara kabur, serta didengar dan dilihat
secara serentak oleh mereka yang sempurna deria.
Kiu tangan dalam pertutuan kiu tidak
direka oleh Dr. R. Orin Cornett, dari Kolej Galludet, Washington, DC pada tahun 1967. Manakala di Malaysia diperkenalkan
pada tahun 1992 berdasarkan pekeliling bahagian sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia bilangan KP(BS-KP) 8501/R & D/Jld (1)/(4) yang telah dilaksanakan
di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Alam Shah (2) Petaling Jaya, Selangor.
Kaedah ini menggabungkan pertuturan dan isyarat (kiu) serentak. Prinsip-prinsip
tersebut diaplikasikan terhadap Bahasa Melayu. Setiap kiu tangan terdiri daripada suatu bentuk tangan
yang diletakkan pada posisi tangan yang khas. Hanya 8 bentuk tangan digunakan,
iaitu:

Dalam pertuturan
kiu, setiap suku kata yang ditutur boleh dicam dengan jelas melalui corak
visual yang terdiri daripada pergerakan bibir yang dilihat ketika suku kata itu
ditutur dan kiu tangannya yang diiringi secara serentak. Dalam kaedah bacaan
bibir, kebanyakan suku kata kelihatan serupa walaupun ia berbunyi amat berbeza
terutamanya bagi suku kata seperti /ma/,
/ba/, /pa/. Dalam setiap keadaan, kedua-dua bibir bermula dengan dietapkan.
Kemudian ia dibuka apabila suku kata tersebut dituturkan. Keadaan ini
menyukarkan untuk mengecam setiap satu daripada suku kata itu
dengan hanya melihat pada mulut, iaitu seperti yang berlaku didalam bacaan
bibir. Walau bagaimanapun, dalam Pertuturan Kiu rupanya begini:

Posisi tangan
memudahkan kita melihat perbezaan diantara vokal-vokal yang kelihatan serupa
dalam kaedah bacaan bibir. Kiu tangan membantu mengatasi kesulitan-kesulitan
yang dihadapi semasa membaca bibir dengan menjadikan suku kata-suku kata yang
berbunyi berbeza juga kelihatan berbeza diantara satu sama lain. Sebaliknya,
semua suku kata yang berbunyi sama akan kelihatan sama. Dengan cara ini, semua
perkataan yang ditutur boleh dicam dengan jelas melalui penglihatan apabila
Pertutuan Kiu digunakan. Ini memungkinkan kanak-kanak pekak membaca dengan
jelas apa yang sedang dituturkan kepada mereka walaupun mereka mungkin tidak
dapat mendengar dengan jelas apa yang dituturkan kepada mereka iaitu mereka
akan betul-betul akan dapat membaca apa yang dikatakan oleh penutur melalui
bacaan bibir. Sebagai tambahan kepada Pertuturan Kiu,
isyarat-isyarat dan kaedah ejaan jari juga mempergunakan tangan untuk mewakili
perkataan-perkataan yang disebut. Ketiga-tiga cara untuk mewakili perkataan
secara visual dengan tangan ini adalah bersamaan dengan tiga bentuk di mana
perkataan pertuturan lazim diwakili di dalam penulisan iaitu penulisan silabik,
penulisan ideograf dan penulisan menurut abjad.
Walaupun
kebanyakan bahasa biasanya hanya menggunakan salah satu daripada bentuk-bentuk
penulisan ini, ketiga-tiga bentuk ini boleh digunakan di dalam penulisan bahasa
Jepun.

Kanak-kanak yang berpendengaran normal
berupaya mempelajari bahasa pertama mereka dengan mendengar perkataan-perkataan
pertuturan. Kanak-kanak pekak, yang tidak boleh mendengar perkataan-perkataan
pertuturan dengan cukup jelas untuk menguasai bahasa pertama mereka melalui
cara yang sama dengan kanak-kanak yang boleh mendengar, perlu melihat dengan
ketara bahasa yang diperkatakan kepada mereka. Oleh kerana perkataan-perkataan
yang ditulis tidak sesuai untuk tujuan komunikasi dengan kanak-kanak terlalu
kecil, maka perkataan-perkataan dalam bentuk tangan iaitu perkataan-perkataan
isyarat, perkataan-perkataan kiu dan perkataan ejaan jari biasanya diguna dalam
intervensi bahasa awal dengan kanak-kanak pekak.
Bacaan
Bibir
Bacaan bibir adalah kebolehan memahami
apa yang dikata dengan melihat bibir. Ia juga dikenali sebagai lip
reading/speech reading. Kaedah bacaan bibir amat berkesan sekiranya
kanak-kanak bermasalah pendengaran mempunyai tahap pendengaran yang sederhana
atau rendah iaitu 30 dB – 70 dB. Latihan pendengaran mampu menambahkan kebolehan
bacaan bibir. Kaedah bacaan bibir menekankan kepada penggunaan penglihatan
sepenuhnya. Oleh sebab itu, kaedah ini mengkehendaki pelajar sentiasa melihat
gerak bibir penutur dengan tepat. Dalam situasi ini, penutur dikehendaki berada
dalam keadaan yang terang dan mudah serta jelas untuk dilihat. Menunjukkan
bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga
mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot
kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan.
Bibir berfungsi dalam
dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar dari rongga mulut. Gusi pula adalah alat pertuturan yang
letaknya di antara gigi dan lelangit keras.
Keadaannya cembung dan berperanan sebagai daerah artikulasi iaitu daerah penyebutan.
Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi seperti
(t) , (d) , (l) dan sebagainya
dengan bantiuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.
Auditori Verbal
Kaedah ini
bertujuan mengajar pertuturan dengan menekankan kemahiran mendengar dari saki
baki pendengaran secara lebih berkesan dengan dikuat melalui penggunaan alat
bantuan pendengaran disamping menggunakan deria-deria lihat dan sentuh. Sebelum
menentukan kaedah yang sesuai atau tidak kepada seorang pelajar itu, satu ujian
diadakan untuk menentukan kehilangan pendengaran, dan adakah saki baki
pendengarannya boleh digunakan.Setelah itu baharulah kemahiran-kemahiran
mendiskriminasi bunyi seperti kemahiran mendengar bunyi, mengesan dan mengarah,
mengajuk, mengenal dan membezakan bunyi-bunyi yang diperkenalkan dan diajar
kepada kanak-kanak yang bermasalah pendengaran.Kaedah Auditori Oral mengajar
kanak-kanak mengikut proses normal, iaitu menekankan proses mendengar serta
bertutur. Bagi pelajar-pelajar yang bermasalah pendengaran ringan akan mendapat
manfaat mengunakan kaedah ini. Kecuali pelajar-pelajar yang mengalami masalah
pendengaran sejak lahir, dan teruk pula kadang-kadang mengalami masalah dan
kesukaran mengikut kaedah ini.
Kaedah oral auditori adalah
menitikberatkan penggunaan saki baki pendengaran yang ada pada mereka. Saki
baki pendengaran yang ada pada mereka ini perlu dirangsang semaksima yang
mungkin supaya pelajar ini dapat menggunakan pertuturan dan bacaan bibir semasa
berada dalam situasi aktiviti berbahasa. Kaedah
ini memerlukan guru pendidikan
boleh mengendalikan dan mengenal setiap
alat bantuan mengajar seperti Post Aural
Aid (alat bantu belakang telinga), Body-Worm
Aid (alat Bantu dipakai pada badan), In
the Ear Aid (alat Bantu dalam telinga) dan Bone Conductor (konduktor tulang).
![]() |
BAHASA ISYARAT Malaysia
BIM adalah bahasa komunikasi. Pembentukan atau pergerakan
tangan dan jari dan lain-lain adalah untuk memberi kepelbagaian sesuatu makna
atau gambaran. Ia adalah bahasa orang pekak yang tidak menyerupai mana-mana
bahasa yang ditutur, ditulis atau dibaca. BIM ialah bahasa yang tulen bagi
Orang Pekak Malaysia. BIM juga merupakan bahasa ibunda dan bahasa istimewa bagi
Orang Pekak Malaysia. BIM digunakan dan diterima oleh Orang Pekak Malaysia
secara meluas. Dengan menggunakan BIM, Orang Pekak mampu berbincang pelbagai
isu-isu yang timbul, bergurau-senda, memudahkan komunikasi antara dua Orang
Pekak serta memberi kesan pemahaman yang baik kepada antara satu yang lain.
Selain itu, BIM ini juga mempunyai peraturan untuk digunakan dan tatabahasa
tersendiri. BIM ini diwujudkan secara semulajadi oleh komuniti
pekak dan bukan dicipta secara
perseorangan.
Bagi mendalami pembentukan isyarat BIM kefahaman memahami
maksud sebenar bahasa itu sendiri harus dilihat dari aspek kefungsian bahasa
berkenaan. Menurut Ho Koon Wei (2007) ,
BIM adalah satu bahasa yang mempunyai
struktur dan tatabahasa tersendiri, dikongsi bersama komuniti-komuniti di dalam
sesebuah negara; Ia bukanlah suatu perhubungan tetapi lebih merupakan alat
untuk berkomunikasi atau berhubung antara satu sama lain. Bagi beliau BIM terbahagi kepada dua
jenis bahasa iaitu bahasa percakapan dan bahasa penulisan. Bahasa
Isyarat merupakan satu jenis bahasa baru kerana tidak ramai orang mampu
menguasainya. Bahasa Isyarat Malaysia didefinisikan sebagai:
“
A visual language, stands for Bahasa Isyarat Malaysia ,
a shared language with own structure and grammar, used in the Deaf communities
in Malaysia ”.
Dengan kata lainnya ianya
adalah bahasa bergambar yang boleh dilihat, mewakili Bahasa Isyarat Malaysia , yang mempunyai struktur dan tatabahasa
tersendiri dan digunakan oleh warga pekak di Malaysia meliputi;
a.
Phonology-Kajian Bunyi,
b. Morphology-Kajian
Morfologi
c. Syntax-Kajian
sintaksis
Dari
aspek kajian fonologi menurut Liddel
& Johnson ( dalam Ho Koon Wei 2007:29) setiap isyarat boleh menggunakan tangan sama
ada salah satu atau kedua-dua tangan. Kajian Bunyi mempunyai 5 bahagian iaitu
Bentuk tangan, Pergerakan, Kedudukan, Orientasi Tapak tangan dan Non manual
Signal .Dengan kata lain setiap pergerakan atau simbol akan mewakili sesuatu
yang membawa maksud yang akan dapat difahami oleh warga pekak itu sendiri.
Terdapat lima bahagian pada setiap isyarat iaitu
bentuk tangan (handshape), pergerakan
tangan (movement), lokasi tangan (location), tapak tangan (palm orientation),
tanda bukan manual (nonmanual signals). Tapak tangan meliputi pergerakan ke
atas, ke bawah, ke tepi, keluar, ke dalam dan lain-lain. Lokasi tangan meliputi
di kepala, di badan, di muka, di leher, ruang bebas, dan lain-lain. Pergerakan
tangan dikesan melalui kepelbagaian pergerakan iaitu pergerakan sama ada satu
atau duan tangan dalam bentuk lurus, bengkok, ulangan, pusingan dan lain-lain.
Tanda bukan manual meliputi lain-lain tanda yang ada memberi erti tatabahasa
yang khas iaitu tanda yang menunjukkan perasaan, mimik muka, gerakan tangan,
kepala dan badan dan lain-lain.
Morfologi pula lebih menumpukan kepada isyarat
berkonsep, perbuatan, karaktor atau bentuk dan simbol sesuatu. Sintaksis pula
lebih tertumpu kepada membuat ayat, seperti contoh subjek dan kata kerja atau
kata kerja sahaja yang mampu memberi makna yang lengkap. Sistem BIM yang digunakan oleh orang pekak adalah
berlainan dan tidak sama dengan sistem bahasa Melayu . Sesuatu bahasa yang
dicipta mempunyai struktur dan tatabahasa yang tersendiri, dikongsi atau
digunakan oleh suatu komuniti masyarakat di sesebuah negara. Bahasa bukan satu
perhubungan tetapi satu alat untuk berkomunikasi. Kemahiran berbahasa dapat
dilihat dari aspek pertuturan dan penulisan. Bahasa pertuturan iaitu melalui
percakapan, menggunakan lidah, mulut dan suara untuk menyampaikan atau
menyatakan dan jenisnya seperti Bahasa Malaysia , English, Mandarin,dialek
Hokkien dan lain-lain. Manakala bahasa
penulisan iaitu melalui penulisan yang menggunakan mata untuk membaca dan menggunakan
tangan untuk menulis atau menaip. Bahasa isyarat pula adalah bahasa yang
diisyaratkan yang dipraktikkan melalui isyarat dan diaplikasikan dengan menggunakan mata untuk
menerima dan menggunakan tangan serta muka untuk mengekspresi. Dari aspek linguistik Bahasa Isyarat terdapat tiga
kemahiran yang diutamakan iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis

RUMUSAN
- Sejarah
perkembangan pendekatan memperlihat perbezaan antara isyarat,oralisma,
bahasa isyarat dan kod tangan.
- Bahasa
isyarat mendominasi kaedah komunikasi kanak-kanak bermasalah pendengaran.
- Amalan
di Malaysia menggunakan Kod Tangan Bahasa Melayu dan Bahasa Isyarat dan
Pengejaan Jari.
- Falsafaha
Komunikasi Seluruh menggabungkan keseluruhan medium komunikasi.
No comments:
Post a Comment